Sambutan Utama JAS / Hari Air Sedunia (HAS)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MULIAKAN WARGA EMAS SAMBUT RAMADHAN DAN SYAWAL 1442H SEMPENA HARI BUMI 2021
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 28/04/2021
- Organisasi
- DOE Perak
Penerangan
22 April 2021, IPOH – Muliakan warga emas merupakan antara pengisian Sambutan Hari Bumi Sedunia 2021 pada hari ini apabila Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak, YBrs. Rosli Zul turun padang ke dua buah pusat jagaan warga emas dalam Program Santuni Asnaf (CSR) Ramadhan 1442H Sempena Hari Bumi Sedunia 2021 di sekitar Ipoh.
Menurut Penjaga Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua (Islam) Titian Abadi (PEKITA), Puan Zurina berkata momen yang paling menggembirakan warga emas ialah sewaktu menerima tetamu istimewa yang berkunjung ke pusat jagaannya di Lahat.
Rosli telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai, kelengkapan pakaian dan hamper dalam program Santuni Asnaf tersebut.
Sementara itu, beliau turut menziarah warga emas di Ikhtiar Selesa Villa di Kampung Sungai Rapat Tambahan, Ipoh.
Hadir bersama Penolong Pengarah JAS Perak, Encik Mohamad Zamzani Ibrahim, Puan Nor Farzilla dan Wakil Rakan Strategik, Encik Kenneth Wong dari KenEp Group.