Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2021-JAS TERENGGANU
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 05/05/2021
- Organisasi
- DOE Terengganu
Penerangan
SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2021
28 April 2021-Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Terengganu 2021 dengan tema “Pulihkan Bumi Kita”.
Program Sambutan ini dimulakan dengan Ucapan Perasmian oleh YB Dr. Haji Alias bin Razak Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam SekitarNegeri Terengganu. Kemudian disusuli dengan Webinar Pengkongsian Ilmu Bersama Majlis Perbandaran Kemaman Mengenai Penubuhan Pusat Pengumpulan E-Waste Di Negeri Terengganu dan seterusnya kempen secara fizikal dan secara live ke udara di rancangan Dimensi Manis, Radio Manis fm.
Mengambil petikan ucapan YB Exco Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs Encik Ramli bin Abd. Rahman, dengan penglibatan semua dalam program-program ini, terutamanya dari kalangan generasi muda memberi kita keyakinan bahawa usaha kita untuk mempertahankan persekitaran ini tidak sia-sia malahan kesedaran ini akan berkembang di kalangan masyarakat dan komuniti setempat. Atas sebab ini, kita yakin alam sekitar dengan persekitaran semulajadi yang telah kita pertahankan akan kekal untuk generasi akan datang.