Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- ASNAF GEMBIRA TERIMA SUMBANGAN SAMBUT SYAWAL 1442H
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 06/05/2021
- Organisasi
- DOE Perak
Penerangan
4 Mei 2021, SELAMA – Seramai 60 penerima dalam kalangan asnaf di Sungai Bayor menerima bantuan keperluan asasi dan wang tunai sempena program Santuni Asnaf (CSR) Ramadhan 1442H Sempena Hari Bumi Sedunia 2021 anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Sumbangan telah disampaikan oleh YB Mohd Akmal Bin Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak.
Program yang menyantuni asnaf ini merupakan penutup bagi Program Santuni Asnaf (CSR) Ramadhan 1442H Sempena Hari Bumi Sedunia 2021 Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Rakan Strategik.
Turut hadir adalah Encik Nor Akmal Bin Yang Ghazali, Yang Dipertua Majlis Daerah Selama dan wakil Rakan Strategik En Kenneth Wong serta Puan Eliza Lee.