Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) JAS NEGERI PULAU PINANG SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2021
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 31/05/2021
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
28 Mei 2021, KEPALA BATAS - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif menjalankan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-waste) Isi Rumah di Pejabat Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang sendiri dikalangan kakitangan Jabatan kerana mengambil kira SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa di seluruh negara yang melarang aktiviti berkumpul beramai-ramai.
Kakitangan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang menyokong kempen ini dengan membawa buangan elektrik dan elektronik Isi rumah masing-masing bagi menyahut inisiatif Kementerian Alam Sekitar Dan Air menjadikan sabtu minggu terakhir setiap bulan sebagai hari pengumpulan e-waste.
Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang menyeru kepada semua penduduk di Pulau Pinang untuk menghantar buangan elektrik dan elektronik di pusat-pusat pengumpulan e-waste yang sah di Pulau Pinang.
Maklumat lanjut boleh layari link ini.
https://ewaste.doe.gov.my/
"E-Waste Dikitar, Bumi Terpelihara"