PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

KEMPEN HARI PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (BEE) PERINGKAT NEGERI PERLIS SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2021

JAS PERAK 15/06/2021 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN HARI PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (BEE) PERINGKAT NEGERI PERLIS SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
15/06/2021
Organisasi
DOE Perlis

Penerangan

29 Mei 2021, KANGAR - Selaras dengan kempen berterusan Hari Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) pada hari Sabtu terakhir setiap bulan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis komited di dalam menjalankan program pengumpulan BEE di tapak parkir bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, Kangar. Menggunakan konsep pandu lalu, setiap BEE yang dibawa akan ditimbang dan hanya satu kenderaan sahaja akan dibenarkan untuk menurunkan barang pada satu-satu masa. Pematuhan kepada SOP Covid-19 juga turut diamalkan sepanjang program dijalankan. Sebanyak 59kg BEE berjaya dikumpulkan dan kesedaran berterusan dari seluruh warga negeri Perlis amat dibanggakan. Semoga usaha kecil ini akan terus diamalkan agar alam sekitar terus terpelihara dan dipulihara bertepatan dengan tema Hari Alam Sekitar Sedunia, iaitu “ Pemulihan Ekosistem” "Ayuh Kumpul 800 Tan E-Waste" "E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara"