PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

Majlis Pelancaran Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021

DOE Sarawak 28/06/2021 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Majlis Pelancaran Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
28/06/2021
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

17 Jun 2021: Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021 telah diadakan melalui aplikasi Zoom. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Hamzah Bin Hj. Mohamad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan dihadiri oleh kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan pejabat-pejabat Cawangannya. Di dalam ucapannya, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak menyeru agar semua pihak seperti pihak industri dapat bertindak bijak dengan mengawal pencemaran di premis masing-masing melalui pendekatan self regulation dan self compliance. Selain itu, bertepatan dengan tema sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2021 iaitu Pemulihan Ekosistem, beliau juga menyeru semua pihak dapat bertindak bagi mengekalkan kebersihan alam sekitar dengan menggunakan sumber dengan lestari, mengurangkan penghasilan bahan pencemar dan mengamalkan gaya hidup sihat. Majlis juga disempurnakan dengan tayangan montaj dan gimik Pelancaran Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2021.