Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED) · Sekolah Lestari
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- WEBINAR PERKONGSIAN ILMU SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2021-JAS TERENGGANU
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 27/06/2021
- Organisasi
- DOE Terengganu
Penerangan
6 Jun 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 telah diadakan pada 5 Jun 2021 di Peringkat Kebangsaan dengan tema Pemulihan Ekosistem. Pada hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Webinar Perkongsian Ilmu SLAAS Peringkat Negeri Terengganu bersempena sambutan tersebut.
Webinar ini diadakan sebagai usaha Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dalam mempromosikan program SLAAS Sesi 2020/2021 dan juga berkongsi pengetahuan bagi mewujudkan sekolah lestari kepada semua sekolah-sekolah yang terlibat.
YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah meyampaikan ucapan aluan dalam program ini. Puan Rosilawani binti Yaacob dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin telah sudi berkongsi pengalaman selama 9 tahun menyertai program ini di peringkat Kebangsaan.
Seramai 40 orang guru telah menyertai program ini yang diadakan secara atas talian dalam tempoh berkuatkuasanya “Total Lockdown”, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di daerah Kuala Terengganu dan Arahan Bertugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dalam tempoh tersebut.