PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 (World Enviroment Day 2021) Peringkat Negeri Terengganu Pada 6 Jun 2021(Ahad)-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 27/06/2021 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 (World Enviroment Day 2021) Peringkat Negeri Terengganu Pada 6 Jun 2021(Ahad)-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/06/2021
Organisasi
DOE Terengganu

Penerangan

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (HASS) disambut pada 5 Jun setiap tahun dengan membawa tema yang tersendiri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh United Nations Environment Programme (UNEP). Tema tahun ini “Pemulihan Ekosistem (Ecosystem Restoration)” dan pada setiap tahun terdapat sebuah negara yang dilantik untuk menjadi `tuan rumah’. Sambutan ini bermula pada tahun 1972 dan telah berkembang menjadi sambutan utama seluruh dunia dengan pembabitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap isu alam sekitar serta mempertingkatkan tindakan dan penglibatan terhadap perubahan alam sekitar. Hari Alam Sekitar merupakan hari untuk semua orang, iaitu ia memberi peluang kepada semua pihak untuk mengambil bahagian dalam tindakan sejagat bagi menggalakkan perlindungan terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup yang mesra alam.