PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

WEBINAR ALAM SEKITAR : PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL, MERUNGKAI PERUNTUKAN PERUNDANGAN, ISU KETIDAKPATUHAN DAN PERSPEKTIF PENGUATKUASAAN JAS SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2021 PERINGKAT NEGERI PERAK

DOE Perak 31/08/2021 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
WEBINAR ALAM SEKITAR : PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL, MERUNGKAI PERUNTUKAN PERUNDANGAN, ISU KETIDAKPATUHAN DAN PERSPEKTIF PENGUATKUASAAN JAS SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2021 PERINGKAT NEGERI PERAK
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

  30 Ogos 2021, IPOH – JAS Perak telah menganjurkan sebuah Webinar Alam Sekitar bertajuk Pengurusan Buangan Terjadual, Merungkai Peruntukan Perundangan, Isu Ketidakpatuhan Dan Perspektif Penguatkuasaan JAS Sempena Hari Ozon Sedunia 2021 Peringkat Negeri Perak pada hari ini. Webinar ini telah disampaikan oleh Encik Harmanisham Bin Ismail, Penolong Pegawai Kawalan Kanan JAS Perak. Webinar ini telah menerima 500 penyertaan yang sangat memberansangkan terdiri daripada kalangan orang awam, agensi kerajaan, badan berkanun, guru-guru, pelajar IPT, industri, jururunding alam sekitar dan kakitangan JAS. Maklumbalas yang diterima daripada peserta amatlah positif dan rata-rata meminta JAS Perak menganjurkan siri webinar seterusnya dengan tajuk yang sama. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jasperak #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperak_Ogos21