Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Operasi Pemeriksaan Bersepadu Kenderaan Bermotor (Ops Gerak) Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sarawak Dan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Tahun 2021
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 27/09/2021
- Organisasi
- DOE Sarawak
Penerangan
20 September 2021, Serian - JAS Negeri Sarawak dengan kerjasama Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Serian telah menjalankan Operasi Pemeriksaan Bersepadu Kenderaan Bermotor (Ops Gerak) di Jalan Kuching-Serian By-pass pada hari ini. Dalam operasi ini, pemeriksaan pelepasan gas dari kenderaan berenjin diesel telah dijalankan. Sebanyak 174 ujian visual dan 2 ujian meter telah dilaksanakan terhadap kenderaan-kenderaan yang ditahan. Seramai 12 orang pegawai JAS Negeri Sarawak dan 5 orang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serian telah terlibat dalam operasi tersebut. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.