Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Operasi Pemeriksaan Bersepadu Kenderaan Bermotor (Ops Gerak) Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sarawak Dan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Tahun 2021
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 27/09/2021
- Organisasi
- DOE Sarawak
Penerangan
21 September 2021, Kota Samarahan – Hari kedua Operasi Pemeriksaan Bersepadu Kenderaan Bermotor (Ops Gerak) telah dijalankan di Jalan Kuching-Samarahan Expressway pada hari ini. Ops Gerak ini telah dijalankan oleh JAS Negeri Sarawak dengan kerjasama Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan. Pemeriksaan pelepasan gas dari kenderaan berenjin diesel telah dijalankan oleh JAS Negeri Sarawak dengan sebanyak 391 kenderaan telah diperhati dan 4 kenderaan telah diuji dengan ujian meter. Daripada 4 kenderaan ditahan untuk ujian meter, 2 notis arahan dan 2 kompaun telah dikeluarkan. Manakala, Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan pula telah menahan beberapa buah kenderaan dengan pelbagai kesalahan trafik. Seramai 11 orang pegawai dari JAS Negeri Sarawak dan 6 orang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan telah terlibat menyertai operasi ini. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.