PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

MAJLIS PERBANDARAN TAIPING (MPT) LANCAR KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIKAL & ELEKTRONIK (E-WASTE)

DOE Perak 03/10/2021 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERBANDARAN TAIPING (MPT) LANCAR KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIKAL & ELEKTRONIK (E-WASTE)
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
03/10/2021
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

27 September 2021, TAIPING - Majlis Perbandaran Taiping dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah melancarkan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (E-waste) yang berlangsung dari 10 September 2021 sehingga 16 Oktober 2021. MPT mengajak orang ramai di sekitar Taiping untuk sama-sama melupuskan e-waste di 6 lokasi telah dikenalpasti bagi Kempen Pengumpulan Barangan E-Waste MPT dan JAS Cawangan Taiping bermula 9.00 pagi hingga 11.00 pagi iaitu: •Dewan Astaka Batu Kurau (2 Oktober 2021) •Dewan Orang Ramai Taman Aun Say (3 Oktober 2021) •Dewan Pekerti, Trong (8 Oktober 2021) •Stesen Bas Kamunting (9 Oktober 2021) •Dewan 1001, Pekan Matang (15 Oktober 2021) •Dewan MPT Taiping (16 Oktober 2021) MPT turut menyediakan tempat pengumpulan E-Waste di Galeri Perbandaran Taiping pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pelbagai pihak termasuk sektor industri dan komuniti berhampiran dijemput untuk hadir di lokasi yang telah ditetapkan dengan membawa bersama barangan buangan elektronik yang hendak dilupuskan. Setiap barangan E-waste akan menerima token mengikut harga yang telah ditetapkan dan akan menerima tiket cabutan bertuah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Sekiranya memerlukan bantuan pengangkutan bagi menbawa barang buangan, sila hubungi 05-8080777 sambungan Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan.