Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) BERSAMA RAKAN STRATEGIK ALAM SEKITAR SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2021 PERINGKAT NEGERI PERAK
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 13/10/2021
- Organisasi
- DOE Perak
Penerangan
18 September 2021, IPOH – JAS Perak melalui Rakan Strategik Alam Sekitar yang dilantik sebagai kontraktor berlesen bagi kempen pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) iaitu Edsha Solutions Sdn Bhd, telah berjaya mengumpul 1100 kg e-waste. Pengumpulan e-waste tersebut dibuat dari rumah ke rumah di sekitar Ipoh.
Orang ramai khususnya di Perak turut boleh hubungi 2 lagi kontraktor berlesen yang dilantik bagi tujuan kutipan e-waste tersebut mengikut zon kutipan yang telah ditetapkan iaitu DNK Metal Recovery dan Sun Soon Yik Sdn Bhd. Program pengumpulan e-waste ini juga boleh diselaraskan melalui pihak berkuasa tempatan.
Setiap item buangan elektrik dan elektronik (e-waste) yang diberikan kepada kontraktor (Rakan Strategik ) akan menerima token secara tunai mengikut harga yang telah ditetapkan.
Kempen pengumpulan e-waste ini telah dilancarkan pada 10 September 2021 hingga 21 Oktober 2021 menawarkan peluang memenangi Cabutan Bertuah dengan nilai hadiah keseluruhan sebanyak RM 25,000.00. Penyampaian pemenang pertandingan dan pengumuman hadiah cabutan bertuah akan diumumkan semasa pelancaran Hari Alam Sekitar Negara yang telah dijadualkan pada 23 Oktober 2021 di Daerah Selama, Perak.
Program kempen tersebut dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.