PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE DARI ISI RUMAH DI DAERAH SETIU SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2021, PERINGKAT NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 27/10/2021 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE DARI ISI RUMAH DI DAERAH SETIU SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2021, PERINGKAT NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
27/10/2021
Organisasi
DOE Terengganu

Penerangan

Kuala Terengganu, 13 Oktober 2021.  WWF-Malaysia bersama-sama persatuan komuniti setempat di daerah Setiu, telah berjaya menganjurkan kempen pengumpulan e-waste. Program ini yang bermula sejak 4 Oktober lalu dan berakhir pada 11 Oktober 2021 telah mendapat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan kerjasama daripada  Persatuan Sahabat Setiu, Kelab Belia Padang Jejawi, Pusat Kraf Perkembangan Wanita Kg. Beris Tok Ku dan Rumah Pewanis, Kg. Mangkok. Program ini turut  mendapat kerjasama Syarikat KT Wan Recycle iaitu premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bagi menyediakan kemudahan pengangkutan dan kemudahan pemerolehan kembali separa e-waste. Jabatan Alam Sekitar Nergeri Terengganu merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen ini, sekaligus menyokong usaha JAS dalam memastikan pengurusan e-waste dilaksanakan mengikut kaedah yang betul dan selamat.