Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE MENDAPAT SAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN-JAS TERENGGANU
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 27/10/2021
- Organisasi
- DOE Terengganu
Penerangan
Kuala Terengganu, 23 Oktober 2021, Bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021, Peringkat Negeri Terengganu, Jabatan Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan rakan strategik Exxonmobil, PETRONAS dan KT Wan Recycle telah berjaya menganjurkan Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) dari isi rumah yang diadakan di Taman Awam, Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Hadir sama YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk menggalakan semua lapisan masyarakat di negeri Terengganu ini, khususnya yang berada di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus menguruskan buangan E-waste ini mengikut kaedah yang betul dan selamat.
Sebanyak 3,000 kg @ 3 tan E-waste telah berjaya dikumpulkan dan sambutan daripada orang awam sangat-sangat menggalakkan. Ini merupakan satu petanda positif bahawa semua lapisan masyarakat telah peka dan mengambil berat berhubung dengan pengurusan E-waste ini.