Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Bengkel Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 31/10/2021
- Organisasi
- DOE Sarawak
Penerangan
12 -13 Oktober 2021, Kuching - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak telah menganjurkan Bengkel Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021 selama 2 hari bermula 12 hingga 13 Oktober 2021 secara hybrid (fizikal dan maya).
Bengkel SLAAS tersebut telah dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama para fasilitator dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Lembaga Sumber Asli Alam Sekitar Sarawak (NREB).
Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru dari sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh Negeri Sarawak telah menyertai bengkel yang telah diadakan secara hybrid tersebut.
Pengisian program turut melibatkan Majlis Pelancaran Bengkel Promosi SLAAS yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Norisah Binti Suhaili, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada sekolah-sekolah di Negeri Sarawak mengenai SLAAS dan bagi menggalakkan penyertaan SLAAS yang telah memasuki kitaran ke lapan, sesi 2020/2021.