PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Latihan Melawan Tumpahan Minyak Peringkat Negeri Sarawak Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2021

JAS SARAWAK 31/10/2021 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Latihan Melawan Tumpahan Minyak Peringkat Negeri Sarawak Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2021
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/10/2021
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

14 Oktober 2021, Kuching- Seramai lebih 80 orang peserta terdiri daripada agensi kerajaan persekutuan dan negeri, agensi swasta, pihak industri dan orang awam telah menghadiri satu latihan tumpahan minyak yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dengan kerjasama pihak Senari Synergy Sdn. Bhd. dan Independent Oil Terminal (IOT) bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara yang akan disambut pada 21 Oktober setiap tahun.

Sebelum itu, satu Bengkel Pengemaskinian Pelan Kontigensi Kawalan Tumpahan Minyak dan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) telah diadakan pada 12 Oktober 2021.

Program selama dua hari ini adalah bertujuan untuk mengemaskini pelan kawalan dan tindakan sedia ada, meningkatkan kesiapsiagaan dan mengukuhkan strategi komunikasi di antara agensi kerajaan dan swasta, mempraktikkan pelan tindakan yang telah diwujudkan serta menambahbaik prosedur dan tatacara sedia ada dalam menangani kejadian tumpahan minyak.

Program berjalan dengan lancar dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak KKM dan MKN.