Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- VIRTUAL ENVIRO HUNT SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2021 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SECARA ATAS TALIAN PADA 19 SEPTEMBER 2021
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 31/10/2021
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Virtual Enviro Hunt sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun 2021 pada 19 September 2021 secara atas talian. Seramai 16 pasukan yang terdiri daripada 3 ahli telah berjaya menyelesaikan 4 jenis tugasan yang disediakan. Setiap pasukan perlu menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Tugasan perlu dihantar dalam bentuk video dan gambar ke pautan link yang disediakan urusetia. Sebanyak 5 pasukan telah berjaya memenangi pertandingan iaitu:
Tempat 1: Kumpulan P12 Lestari FZA (Ketua Kumpulan : Nur Khuzaimah Binti Zakaria) Tempat 2: Kumpulan P4 Pokok (Ketua Kumpulan : Ain Dzulaikha Binti Baderolhesam) Tempat 3: Kumpulan P17 Bumi Bertuah (Ketua Kumpulan Ismail Bin Zul Muhamad) Tempat Saguhati : Kumpulan P18 Stratosfera (Ketua Kumpulan Mohd Najib Bin Salleh) Tempat Saguhati : Kumpulan P11 Mighty Ocean (Ketua Kumpulan Mahathir Bin Musahar)