PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

MAJLIS BANDARAYA IPOH JALANKAN KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2021 PERINGKAT NEGERI PERAK

DOE Perak 14/11/2021 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS BANDARAYA IPOH JALANKAN KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2021 PERINGKAT NEGERI PERAK
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
14/11/2021
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

10 Oktober 2021, IPOH - JAS Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semakin komited menjalankan kempen pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di Tapak Pengumpulan E-waste Sungai Rokam. Dato Bandar Ipoh turut membuat lawatan di tapak pengumpulan e-waste tersebut pada hari ini. Selain itu MBI pada hari ini turut menjalankan kempen e-waste di dua lokasi berlainan iaitu, Rapat Setia dan Dewan Komuniti Chandan Desa. Orang ramai dilihat telah mengambil langkah bijak menggunakan kesempatan melalui kempen ini untuk melupuskan barangan elektrik dan elektronik yang sudah usang dan rosak dari rumah mereka. Langkah ini bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri Perak menjadikan Perak sebagai Bumi Lestari. Setiap e-waste yang diterima akan menerima token bernilai rm 1 hingga rm7 dan berpeluang memenangi cabutan bertuah berdasarkan syarat dan terma yang telah ditetapkan. Kempen ini turut dianjurkan dengan kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar, Edsha Solutions Sdn Bhd dan Gading Kencana Development Sdn Bhd. Moh yeop yong mari kita tukar e-waste dapat wang, Untung-untung boleh menang ! “E-Waste Dikitar, Bumi Terpelihara” “Ayuh Kumpul 100 tan e-waste”