Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MAJLIS DAERAH KAMPAR JALANKAN KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2021 PERINGKAT NEGERI PERAK
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 14/11/2021
- Organisasi
- DOE Perak
Penerangan
10 Oktober 2021, KAMPAR - JAS Perak dengan kerjasama Majlis Daerah Kampar pada hari ini semakin komited menjalankan kempen pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di perkarangan Masjid As-Syuhada, Bandar Baru Kampar.
Sambutan orang ramai terhadap kempen ini adalah sangat menggalakan terutamanya yang tinggal di lokasi berdekatan dengan masjid tersebut. Ramai yang mengambil langkah bijak menggunakan kesempatan melalui kempen ini untuk melupuskan barangan elektrik dan elektronik yang sudah usang dan rosak.
Kontraktor yang dilantik telah menyediakan token bernilai rm 1 hingga rm7 bagi setiap e-waste yang diterima dari orang ramai.
Kempen ini turut dianjurkan dengan kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar, Dun Soon Yik Sdn Bhd dan Gading Kencana Development Sdn Bhd.
Moh yeop yong mari kita Tukar barang e-waste dapat wang, Untung-untung boleh menang !
“E-Waste Dikitar, Bumi Terpelihara”
“Ayuh Kumpul 100 tan e-waste”