Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021 Peringkat Negeri Sarawak
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 30/11/2021
- Organisasi
- DOE Sarawak
Penerangan
6 November 2021, Kuching - Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021 Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan secara hibrid (fizikal dan maya) di Dewan RPR Batu Kawa Fasa 1, Kuching dengan jayanya.
Program ini adalah anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan pihak Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDeNR), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).
Program turut dihadiri oleh ketua/wakil dari agensi/jabatan Persekutuan dan Negeri, Rakan-Rakan Strategik, Rakan-Rakan Media, para peserta program Cintai Alam Virtual Ride dan komuniti setempat secara fizikal dan maya.
Antara program yang telah dijalankan adalah:
i) Pameran secara virtual;
ii) Tayangan video aktiviti-aktiviti sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara;
iii) Cabutan Bertuah;
iv) Program 1RAS 1Pokok; dan
v) Program Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE).
Program telah dijalankan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawk (JPBNS) bagi program tersebut, di antaranya adalah pemakaian pelitup muka berganda (double face mask) dan semua peserta diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 kendiri menggunakan RTK Self-Test Kit sebelum majlis dimulakan.
“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”
“E-Waste Dikitar Bumi Terpelihara”
“Ayuh Kumpul 800Tan E-waste”