Sambutan Utama JAS / Hari Air Sedunia (HAS)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM KOMUNITI TANAH GAMBUT PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT SEKOLAH RENDAH BAGI ZON GUAL SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2022
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 27/07/2022
- Organisasi
- DOE Kelantan
Penerangan
28 Jun 2022, Pasir Mas -
Satu Program Komuniti Pencegahan & Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 Peringkat Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Tuan Saripudin bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau & Alam Sekitar.
Majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi , Pasir Mas turut dihadiri Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kelantan, Encik Wandi Yadzid bin Haji Yaakob dan Encik Tuan Haji Bahri bin Daud dari Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, serta guru - guru daripada 8 buah sekolah yang turut menyertai Pertandingan ini.
Objektif program komuniti ini adalah bagi membina kesedaran menjaga alam sekitar dan membendung aktiviti pembakaran tanah gambut secara terbuka.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jaskelate_2022
#harialamsekitarsedunia
#hanyasatubumi
#alamsekitartanggungjawabbersama