Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- {HEBAHAN} PROGRAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR BERSAMA PERTUBUHAN PENCINTA SUNGAI NERUS TERENGGANU BERSEMPENA HARI BUMI 2023
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 28/03/2023
- Organisasi
- DOE Terengganu
Penerangan
{HEBAHAN} PROGRAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR BERSAMA PERTUBUHAN PENCINTA SUNGAI NERUS TERENGGANU BERSEMPENA HARI BUMI 2023
Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Pencinta Sungai Nerus, Terengganu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Tanjung Sabtu, Manir dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Syarikat KT Wan Recycle dan Syarikat NKH Solution telah mengambil inisiatif dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti melestarikan alam sekitar.
Program ini akan berlangsung pada 17 Mac 2023 (Jumaat), jam 8:30 pagi hingga 11:30 pagi, bertempat di Balairaya Kampung Tanjung Sabtu, Manir, Kuala Terengganu.
Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah:
- Gotong royong/Kutip Sampah sambal Beriadah (KUDAH)
- Pengrom pengumpulan dan pembelian bahan buangan elektrik dan elektronik (E-Waste)
- Program kitar semula sisa minyak masak terpakai; dan
- Aktiviti tanam pokok