Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIKAL DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DARI ISI RUMAH DAERAH KUALA NERUS
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 30/09/2023
- Organisasi
- DOE Terengganu
Penerangan
{HEBAHAN}
PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIKAL DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DARI ISI RUMAH DAERAH KUALA NERUS
Sukacita dimaklumkan bahawa Syarikat Kasut You dengan kerjasama JAS Terengganu dan SYARIKAT KT WAN RECYCLE akan menganjurkan Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) dari isi rumah, Daerah Kuala Nerus.
Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk membantu orang ramai, khususnya yang berada di daerah Kuala Nerus dan sekitarnya melupuskan buangan E-Waste ini mengikut kaedah yang betul dan selamat.
Program ini akan diadakan pada 30 September 2023 (Sabtu), bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari bertempat di Stor Kasut U (Kasut U Distributor) Kawasan Perindustrian Gong Badak.
Orang ramai dijemput hadir bagi menyumbangkan bahan buangan elektrikal dan elektronik ini untuk ditukar dengan wang tunai mengikut harga yang ditetapkan.
Contoh bahan buangan elektrikal dan elektronik ini adalah :
1, Televisyen
2.Komputer Peribadi;
3.Mesin basuh;
4.Pendingin hawa;
5.Peti ais;
6.Telefon bimbit; dan
- Lain-lain barangan elektrikal dan elektronik dari isi rumah