Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MAJLIS PELANCARAN OPS KENDERAAN BERMOTOR PERINGKAT NEGERI SEMBILAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI TAHUN 2024 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 19/03/2024
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
Penerangan
Sambutan Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun. Sempena sambutan ini, satu majlis pelancaran operasi bersepadu kenderaan motor bersama agensi-agensi penguatkuasa di Negeri Sembilan dilaksanakan di Plaza Tol Setul, LEKAS.
Seramai 150 orang pegawai penguatkuasa terlibat dalam majlis pelancaran ini. Majlis ini telah disempurnakan YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim,Koperasi dan Kepenggunaan.
Pasukan Penguatkuasa JAS Negeri Sembilan sering menjalankan operasi bersepadu di kesemua daerah negeri ini bersama pasukan Polis Diraja Malaysia(PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan agensi penguatkuasa yang lain bagi memastikan pemilik-pemilik kenderaan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama