Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PERTANDINGAN FOTOGRAFI BERSEMPENA DENGAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA TAHUN 2024 ANJURAN JAS WP KUALA LUMPUR
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 05/06/2024
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
JUN 2024 - Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun, Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi yang bertemakan kelestarian alam, kesan perubahan iklim, keindahan alam semula jadi, atau hubungan manusia dengan alam.
Melalui penganjuran pertandingan ini adalah diharap dapat memupuk rasa cinta dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Pertandingan ini juga diharapkan dapat menonjolkan kreativiti peserta disamping mempamerkan keindahan alam sekitar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Peserta yang berminat boleh mengimbas Kod QR untuk penyertaan dan memuatnaik gambar dalam format yang ditetapkan berserta kenyataan (caption) yang mengikut tema pertandingan.
Penyertaan dibuka sehingga 12 Jun 2024 sebelum jam 5.00 petang.