Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN KE ATAS PROJEK EIA
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 19/03/2024
- Organisasi
- DOE WP Labuan
- Lokasi
- W.P Labuan
Penerangan
Wilayah Persekutuan Labuan, 6 Mac 2024 - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan penguatkuasaan ke atas 2 projek EIA yang telah diluluskan bagi cadangan projek penebusgunaan tanah di Patau-Patau dan projek pembangunan fasa II bagi kompleks pendaratan ikan LKIM, WP Labuan.
Penggunaan dron telah digunakan semasa pemeriksaan tersebut. Antara perkara yang diperiksa adalah pematuhan kepada syarat-syarat kelulusan EIA dan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS),1974.
JAS mengingatkan kepada semua penggerak projek dan premis agar sentiasa mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA dan AKAS, 1974 pada sepanjang masa.
Sebarang aduan awam mengenai kes pencemaran alam sekitar boleh disalurkan di talian bebas tol 1800-88-2727, emel ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan@doe.gov.my.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_mac_2024