Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- FLAG OFF : OPERASI MENCEGAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR - OPS AIR RAYA 2024
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 30/03/2024
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
- Lokasi
- Negeri Sembilan
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah selesai menjalankan Operasi Mencegah Pencemaran Alam Sekitar - OPS AIR RAYA TAHUN 2024 pada 28 Mac 2024.
Operasi ini telah dijalankan ke atas Premis Yang Ditetapkan Dan juga Premis Yang Bukan Ditetapkan di seluruh Negeri Sembilan dan operasi ini melibatkan seramai 30 pegawai penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan JAS Cawangan Kuala Pilah yang dibahagikan kepada 9 pasukan.
Persampelan rasmi Kumbahan dan efluen diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. Tindakan selanjutnya,setelah menerima hasil keputusan analisa kimia daripada Jabatan Kimia Malaysia.
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan@doe.gov.my.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama