Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan ยท Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN SECARA BERKALA KE ATAS PREMIS KEMUDAHAN YANG DILULUSKAN (KYDL)
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 01/04/2024
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
- Lokasi
- Kuala Lumpur
Penerangan
25 Mac 2024, Kuala Lumpur - Pegawai-pegawai dari Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan pemeriksaan secara berkala ke atas premis Kemudahan Yang Diluluskan (KYDL) yang terdapat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemeriksaan bertujuan untuk memastikan ujian pelepasan asap dan gas dijalankan oleh kakitangan terlatih yang mempunyai sijil kompetensi pengendalian meter asap atau gas yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
JAS WPKL akan terus komited dalam memperkasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan
sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut:
- Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
- E-mel ke aduan_k@doe.gov.my ; dan
- Portal Aduan https://eaduan@doe.gov.my