Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI STATIK BERSEPADU “OPS GERAK?? UNIT KENDERAAN MOTOR JAS SELANGOR BIL 8/2024 BERSAMA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK, IPD KUALA SELANGOR
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 30/04/2024
- Organisasi
- DOE Selangor
- Lokasi
- Selangor
Penerangan
29 April 2024, Kuala Selangor - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak?? bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Selangor di KM47, Jalan Klang-Teluk Intan bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Dalam operasi ini, sejumlah 417 buah kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis melalui sekatan jalan raya di sepanjang tempoh operasi. Dari jumlah tersebut, sebanyak 63 buah kenderaan berenjin diesel telah ditahan untuk menjalani saringan secara visual dan diuji pelepasan asap menggunakan “Smoke Meter??. Berdasarkan saringan tersebut didapati kesemuanya mematuhi had pelepasan asap di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.