Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS GEMPUR BIL. 2/2024 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 08/05/2024
- Organisasi
- DOE Johor
- Lokasi
- Johor
Penerangan
21-24 APRIL 2024, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Gempur Bil. 2/2024 bagi premis di kawasan seliaan Unit Penguatkuasaan Industri (JB Tengah).
Ops Gempur ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada semua Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009, termaktub di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Empat (4) premis telah dikenakan tindakan Penahanan Operas Kelengkapan (POK) diatas kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.