Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Program Lestari Alamku di SK Taman Skudai Baru 2 bersempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Johor
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 08/05/2024
- Organisasi
- DOE Johor
- Lokasi
- Johor
Penerangan
7 Mei 2024, Johor Bahru - Pelaksanaan Program Lestari Alamku adalah untuk memperkenalkan dan menyebarkan maklumat tentang aktiviti lestari. Program ini juga memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan mendidik masyarakat rendah karbon dalam usaha mengurangkan kesan rumah hijau.
Majlis Perasmian Program Lestari Alamku telah diadakan pada 7 Mei 2024 dan majlis telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Rashdan bin Topa, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor. Jabatan ini sentiasa menyambut baik usaha dan inisiatif pihak sekolah untuk kelestarian alam sekitar kerana alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.