Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Kursus anjuran EIMAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SEMINAR PEMERKASAAN PSIKOLOGI DAN KEROHANIAN DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN KE ARAH MEMBENTUK PEGAWAI BERINTEGRITI TINGGI PERINGKAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 14/05/2024
- Organisasi
- DOE Melaka
- Lokasi
- Melaka
Penerangan
9 Mei 2024 MENARA PERSEKUTUAN, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka melalui Unit Pentadbiran JAS Negeri Melaka dan Unit Integriti JAS Ibu Pejabat telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Psikologi dan Kerohanian dalam Pembangunan Modal Insan Ke Arah Membentuk Pegawai Berintegriti Tinggi Peringkat Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka daripada 7 hingga 8 Mei 2024. Jemputan telah dikeluarkan kepada seramai 50 orang pegawai JAS Melaka dan JAS Taboh Naning.
Pada hari pertama, para peserta telah didedahkan dengan ceramah daripada Pegawai Psikologi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah. Ceramah telah disampaikan secara interaksi dua hala diantara penceramah dan peserta. Tajuk-tajuk ceramah adalah seperti berikut:
- Pengurusan Emosi dan Tekanan dalam Persekitaran Tempat Kerja yang Mencabar
- Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengurusan Emosi dan Tekanan
- Memupuk Budaya Kerja Beraura Positif
- Gejala & Virus Rasuah dan Salahguna Kuasa dalam Agensi Penguatkuasaan
- Hubung kait Laporan SPRM dengan Syor Tindakan Tatatertib Pegawai Awam
- Sesi Interaksi dan Penutup