PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

LAWATAN TAPAK PROJEK EIA DI GUA MUSANG KELANTAN

JAS HQ - BAHAGIAN PENILAIAN 25/05/2024 0 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK PROJEK EIA DI GUA MUSANG KELANTAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
25/05/2024
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Kelantan

Penerangan

15 Mei 2024, Gua Musang - Satu lawatan ke tapak projek bagi cadangan pembangunan yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Lokasi tapak cadangan projek adalah di Felda Aring 6, Mukim Relai, Jajahan Chiku Gua Musang, Kelantan. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan isu-isu berkaitan cadangan projek di tapak yang dicadangkan dan mengesahkan maklumat-maklumat yang dinyatakan dalam Bidang Rujukan yang telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar. Lawatan ini telah dihadiri oleh wakil JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri Kelantan, JAS Cawangan Gua Musang, Penggerak Projek dan Jururunding EIA. #NRES #JabatanAlamSekitar #BahagianPenilaian #AlamSekitarTanggungjawabBersama