Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN ALAM SEKITAR DI HERSHEY MALAYSIA SDN. BHD. SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2024
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 06/06/2024
- Organisasi
- DOE Johor
- Lokasi
- Johor
Penerangan
5 JUN 2024, Senai - Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2024, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah mengadakan pameran alam sekitar dan pendaftaran keahlian rakan alam sekitar di Hershey Malaysia Sdn.Bhd.
Pendaftaran sebagai rakan alam sekitar adalah sebagai tanda usaha dan komitmen orang awam dalam menjaga kelestarian alam sekitar disamping dapat menyertai pelbagai program alam sekitar yang dianjurkan. Pameran menggunakan peralatan interaktif seperti Virtual Reality (VR) turut diadakan.
Pameran ini turut disertai oleh beberapa agensi seperti Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Pengangkutan Jalan dan banyak lagi.
Jabatan ini merakamkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan dan diharapkan usaha pihak syarikat dalam melestarikan alam sekitar dapat diteruskan.