Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN TRAFIK IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) JASIN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 25/06/2024
- Organisasi
- DOE Melaka
- Lokasi
- Melaka
Penerangan
13 JUN 2024, MERLIMAU- Unit Kenderaan Bergerak (UKB) Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak dengan kerjasama Bahagian Trafik, IPD JASIN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik, bertempat di tepi jalan Lebuh AMJ Merlimau, Melaka.
Operasi ini melibatkan seramai 5 pegawai daripada Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Melaka yang telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan pelepasan kenderaan berenjin diesel berdasarkan peruntukan-peruntukan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).
Sebanyak lapan puluh lima (85) kenderaan berenjin diesel telah diperiksa dan diuji. Daripada jumlah tersebut, empat (4) notis arahan bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 telah dikeluarkan serta dua (2) kenderaan disyorkan untuk tawaran kompaun, baki kenderaan adalah patuh dan tidak memerlukan tindakan lanjut dari JAS.
Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka