Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFFLUEN PERINDUSTRIAN (IETS)
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 27/06/2024
- Organisasi
- DOE Johor
- Lokasi
- Johor
Penerangan
20 JUN 2024, JOHOR BAHRU - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti pengilangan makanan di Taman Kempas Utama berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009 bagi 1 unit Sistem Pengolahan Effluen Perindustrian (IETS)
Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati terdapat punca - punca air paip di kawasan IETS.
Punca - punca effluen dan peralatan performance monitoring juga tidak dilabelkan.
Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil tindakan segera dengan menanggalkan punca - punca air paip dan langkah penambahbaikan pada 'as built drawing', rekod pemantaun prestasi dan laporan bergambar bagi kesemua sistem.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan@doe.gov.my.