Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan ยท Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PREMIS PERUSAHAAN PLASTIK DIGEMPUR TENGAH MALAM DIDALAM OPS BERSEPADU
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 30/06/2024
- Organisasi
- DOE Johor
- Lokasi
- Johor
Penerangan
29 JUN 2024, BANDAR TENGGARA, JOHOR - Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat), JAS Negeri Johor telah menyertai Ops Bersepadu yang diketuai oleh Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor.
Premis didapati menjalankan proses "plastic extrusion" dan "plastic crushing" gagal mengemukakan laporan Penilaian Impak Kepada Kualiti Alam Sekeliling berdasarkan Perintah Kualiti Alam Sekeliling dan notifikasi alat kawalan pencemaran udara gagal dilengkapkan bersama mesin proses pengeluaran.
Premis juga didapati gagal memohon permit pengimportan plastik daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN). JAS Johor telah mengambil tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dibawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 keatas semua lima (5) set alat pengeluaran proses "extruder" dan "crusher."
PGA telah melaksanakan tangkapan kepada 60 orang pekerja asing dan dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut. JKDM juga membuat siasatan berkenaan pengimportan dari luar negara tanpa permit sah. Operasi Bersepadu di premis bermula pada pukul 11.00 malam sehingga 5.00 pagi.
Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.