Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Lawatan Penanda Aras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) JAS Negeri Perak di Majlis Daerah Kampar
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 29/07/2024
- Organisasi
- DOE Perak
- Lokasi
- Perak
Penerangan
24 Julai 2024, Kampar - Majlis Daerah Kampar telah menerima OSH Award Tahun 2018 kategori Perkhidmatan Awam / Pihak Berkuasa Tempatan merupakan satu pengiktirafan dan motivasi kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (KKP) JAS Negeri Perak. Kunjungan deligasi JAS Negeri Perak adalah seramai 9 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan JAS Negeri Perak, Ketua Cawangan dan Ketua Unit manakala Majlis Daerah Kampar terdiri daripada Pn Setiausaha MDKpr, Setiausaha dan Biro-Biro JKKP MDKpr.
Objektif lawatan ini adalah:
- Untuk memberikan pendedahan lapangan dan secara dekat bagaimana elemen KKP diterapkan dan dibudayakan di MDKpr yang mendapat OSH Award untuk diteliti dan praktik di JAS Negeri Perak;
- Merupakan platform komunikasi dua hala pasukan KKP JASNP dengan pasukan KKP MDKpr dan meneliti bagaimana perancangan KKP MDKpr dibuat dan dijayakan;
- Sebagai platform pembelajaran berterusan dan jaringan pintar dalam aspek KKP;