Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan · — Sesi Libat Urus
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) BAHAGIAN TRAFIK IPD DAERAH ALOR GAJAH
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS MELAKA
- Lokasi
- Tol Simpang Ampat Alor Gajah, Melaka
Penerangan
13 Ogos 2024, - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik, IPD Alor Gajah bertempat di Tol Simpang Ampat Alor Gajah, Melaka.
Operasi ini melibatkan seramai lima (5) anggota dari Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Melaka dan dua (2) anggota dari Bahagian Trafik, IPD, Alor Gajah. Ops gerak ini adalah bertujuan bagi menguatkuasakan pematuhan pelepasan kenderaan berenjin diesel.
Sebanyak enam puluh satu (61) kenderaan telah diperiksa dan diuji. Daripada jumlah tersebut, sebanyak dua (2) kenderaan telah di tawarkan kompaun dan dua (2) Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka