Koleksi Gambar / — Mesyuarat · — Sesi Libat Urus
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT PENYELARASAN PENCEMARAN SUNGAI KUANTAN
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS PAHANG
- Lokasi
- JAS PAHANG
Penerangan
KUANTAN, 28 Ogos 2024 - Satu mesyuarat penyelarasan pencemaran sungai telah dianjurkan oleh JAS Pahang, yang telah dihadiri oleh Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Pahang, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pahang, dan Persatuan Nelayan Negeri Pahang (PERNEPA).
Mesyuarat membincangkan langkah-langkah bagi mencegah pencemaran minyak hitam terpakai (SW 305) ke Sungai Kuantan daripada aktiviti penyelenggaraan bot serta mencadangkan tempat pengumpulan minyak hitam berpusat bagi memudahkan penstoran dan pelupusan mengikut garis panduan pengurusan buangan terjadual.