Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN SERTA CERAMAH ALAM SEKITAR JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR SEMPENA KEMPEN KESELAMATAN, KESIHATAN & PERSEKITARAN MEWAH-OILS SDN. BHD
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor
- Lokasi
- Pulau Indah, Klang
Penerangan
10 SEPTEMBER - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput oleh Syarikat Mewah-Oils Sdn. Bhd. untuk menyampaikan ceramah alam sekitar serta membuka reruai pameran kesedaran alam sekitar sempena Kempen Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran 2024 syarikat tersebut.
Ceramah alam sekitar telah disampaikan oleh Encik Muhammad Ridzuan bin Muhammad Taib, Penolong Pegawai Kawalan C29 Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Jabatan Alam Sekitar komited untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan serta swasta menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat sebagai salah satu usaha untuk memastikan pemuliharaan alam sekitar yang mampan dan lestari. "Alam sekitar tanggungjawab bersama".