Koleksi Gambar / — Program Pengawasan · — Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JAS NEGERI SELANGOR - KLANG SELATAN
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- KLANG SELANTAN
Penerangan
19 Oktober 2024, Klang Selatan – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan Taman Perindustrian Sobena (Jalan Lengkuk Selat Selatan) Pandamaran dan kawasan perindustrian Telok Gong.
Hasil pemantauan mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi. Tiada aktiviti pencemaran dan aktiviti pembakaran terbuka dikesan di di sekitar kawasan rondaan. Pemantauan dari masa ke semasa akan terus dijalankan.
JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol: 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di eaduan@doe.gov.my. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.