Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PERTANDINGAN MEWARNA (CANTING) BATIK SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS
Penerangan
19 Oktober 2024 (Sabtu) - Langkawi, Kedah.
Sempena menyambut Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kebangsaan 2024, Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan Pertandingan Mewarna (Canting) Batik bertemakan batik dan bara : Ekspresi Seni dalam Menghindari Pembakaran Terbuka yang telah diadakan pada 19 Oktober 2024 bertempat di Dataran Chenang, Langkawi, Kedah.
Pertandingan mewarna ini mendapat sambutan hangat di mana seramai 41 peserta kanak-kanak yang berumur 6 hingga 9 tahun telah menyertai pertandingan ini. Seiring dengan tema yang dibawa iaitu batik dan bara : Ekpresi Seni Menghindari Pembakaran Terbuka, peserta telah diberi pendedahan mengenai Larangan Terbuka sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Tahniah kepada semua pemenang! Terima kasih kepada semua peserta dan ibu bapa peserta di atas sokongan menyertai pertandingan ini serta memeriahkan lagi karnival yang telah diadakan.