Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN KE ATAS PROJEK EIA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS WP LABUAN
- Lokasi
- WP LABUAN
Penerangan
Wilayah Persekutuan Labuan, 20 Jun 2024 - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan penguatkuasaan ke atas 2 projek EIA yang telah diluluskan bagi cadangan projek pengerukan pasir laut dari Tanjung Aru, Labuan ke Menumbok, Sabah di Perairan Labuan dan projek pembinaan jeti di Asian Supply Base, Rancha-Rancha, WP Labuan.
Antara perkara yang diperiksa adalah pematuhan kepada syarat-syarat kelulusan EIA dan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS),1974. Tindakan Field Citation (FC) di lapangan dikeluarkan kepada operator dan penggerak projek bagi memastikan pematuhan terhadap akta dan peraturan yang berkaitan.
JAS mengingatkan kepada semua penggerak projek dan premis agar sentiasa mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA dan AKAS, 1974 pada sepanjang masa.
Sebarang aduan awam mengenai kes pencemaran alam sekitar boleh disalurkan di talian bebas tol 1800-88-2727, emel ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan@doe.gov.my.