Koleksi Gambar / — Sesi Libat Urus
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KUNJUNGAN HORMAT OLEH PIHAK MEGAH PORT MANAGEMENT SDN. BHD W.P. LABUAN KE JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS WP LABUAN
- Lokasi
- JAS WP LABUAN
Penerangan
1 JULAI 2024, W.P. LABUAN - JASWPL telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Megah Port Management Sdn Bhd, Wilayah Persekutuan Labuan.
Sesi pengenalan antara pengurusan tertinggi dari pihak Megah Port Management dengan pihak pengurusan JASWPL.
Kunjungan hormat ini diadakan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan Pengurusan Buangan Terjadual, pengenalan kepada operasi perindustrian yang dijalankan oleh pihak Megah Port Management, W.P. Labuan dan juga kolaborasi untuk penganjuran beberapa program berkaitan kesedaran alam sekitar khususnya melibatkan orang awam.
Adalah diharapkan agar kunjungan dan perbincangan berkaitan bermanfaat dalam memastikan kelestarian alam sekitar di W.P. Labuan kekal terpelihara.