Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN BAGI PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS), 1974 OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PULAU PINANG
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS PULAU PINANG (BAHAGIAN OPERASI)
- Lokasi
- SEBERANG PERAI UTARA,PULAU PINANG
Penerangan
23 Oktober 2024, KEPALA BATAS - Pasukan Penguatkuasa JAS Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan ke atas loji-loji kumbahan di sekitar Seberang Perai Utara bagi memastikan pematuhan berterusan kepada AKAS, 1974.
Arahan di lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi mengambil tindakan mematuhi kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009, AKAS, 1974.
JAS Pulau Pinang sentiasa komited dalam menjalankan penguatkuasaan terhadap premis-premis yang tertakluk di bawah AKAS, 1974.
Semua pemilik loji yang tertakluk diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak AKAS, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.