Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan · — Sesi Libat Urus
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU CEGAH JENAYAH & TINDAKAN PENGUATKUASAAN BERSAMA PDRM JOHOR, PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) & JAS NEGERI JOHOR
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS JOHOR
- Lokasi
- JOHOR BAHRU
Penerangan
28 OKTOBER 2024, JOHOR BAHRU- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Unit JB Timur, Unit JB Tengah & JAS Cawangan Pasir Gudang bersama Jabatan Siasatan Jenayah (IPK PDRM Johor) dan Pihak Berkuasa Tempatan (MBJB, MBIP & MBPG) telah menjalankan Operasi Bersepadu Cegah Jenayah & Tindakan Penguatkuasaan di sekitar kawasan Johor Bahru.
Tindakan penguatkuasaan Notis Arahan, Kompaun & Mahkamah diberikan kepada premis yang tidak mematuhi AKAS 1974 & Peraturan-peraturan di bawahnya.
Amaran tegas diingatkan kepada pihak industri bahawa Pasukan Penguatkuasa JAS Negeri Johor akan sentiasa menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan pihak industri mematuhi AKAS 1974 & Peraturan-peraturan dibawahnya.