Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS LEMBANGAN BIL. 1/2025 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JOHOR
- Lokasi
- JOHOR BAHRU
Penerangan
13-17 JANUARI 2025, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Lembangan Bil. 1/2025 bagi premis di bawah kawasan seliaan masing-masing.
Ops Lembangan ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009 dan PPKAS (Udara Bersih) 2014 serta PPKAS (Buangan Terjadual) 2005.
Perincian dapatan daripada operasi ini boleh dirujuk didalam infografik yang disediakan. Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.