PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

FORUM "PEMBAKARAN TERBUKA: CEGAH ATAU PARAH?" SEMPENA PROGRAM PROMOSI KESIHATAN DI KAMPUNG KORINA, KUDAT, SABAH

JAS SABAH 24/02/2025 0 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
FORUM "PEMBAKARAN TERBUKA: CEGAH ATAU PARAH?" SEMPENA PROGRAM PROMOSI KESIHATAN DI KAMPUNG KORINA, KUDAT, SABAH
Organisasi
UMS
Lokasi
KAMPUNG KORINA, KUDAT, SABAH

Penerangan

11 Januari 2025. Kudat - FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH telah menganjurkan promosi kesihatan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar perubatan untuk memahami peranan dan kepentingan "Public Health" dan "Community Medicine" sesuai dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang ketiga iaitu "Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan". Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang penyelidikan yang amat penting untuk mewujudkan sistem kesihatan yang lebih sistematik dan produktif di masa akan datang. JAS Sabah dijemput untuk menjadi panel bagi forum "Pembakaran Terbuka: Cegah atau Parah?" kepada penduduk Kampung Korina. Timbalan Pengarah JAS Sabah , En Yaras Yusup telah menjadi ahli panel bagi sesi forum bersama komuniti.